Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru.
Kitar semula adalah komponen utama bagi
pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan
pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.
Kos untuk melupuskan sampah ini pula mencecah berjuta-juta ringgit.
Setiap tahun jumlah sampah yang dibuang akan terus meningkat dan kawasan pelupusan sampah pula semakin penuh.
Di sinilah pentingnya kesedaran masyarakat untuk melakukan kitar semula sebelum bumi ini musnah.
Seperti kempen yg disarankan oleh kerajaan tentang "Hari Tanpa Beg Plastik" sejak 2hb Januari 2010.
Perkara seperti ini bagus bagi membendung masalah pencemaran yang semakin berleluasa.
Kita digalakkan membawa beg sendiri semasa membeli-belah atau menggunakan beg mesra alam.
Bahan campuran kimia boleh merosakkan keseimbangan ekosistem dan memberi kesan buruk kepada bumi iaitu pemanasan global.
Bumi ini merupakan satu-satunya rumah bagi manusia, flora dan fauna.
Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan
bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan
pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran
air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau
berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Antara bahan yang
boleh dikitar semula ialah kaca, kertas, plastik, tekstil, bahan
eletronik dan dan lain-lain.
Klik perkataan biru ini
Kitar semula untuk melihat video tentang kitar semula.
Bahan-Bahan Kitar Semula
KertasSurat
khabar, kertas-kertas dari pejabat, kertas-kertas dari pencetak,
majalah dan risalah adalah bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
Kumpulkan item-item tadi di mana sahaja anda berada dan cuba asingkan
kertas-kertas tadi mengikut gred. (Klik pada laman gred kertas)
Plastik
Terlalu
banyak plastik boleh dikitar semula. Semuanya dari kategori bekas-bekas
minuman, botol-botol sabun, bekas makanan, pembalut makanan, bekas
aiskrim dan banyak lagi boleh dikitar semula
Kertas kadbod keras Barangan
elektrik ataupun perabot yang dibeli biasanya dibungkus dengan kotak
kadbod yang besar dan ramai orang tidak tahu apa yang perlu dibuat
terhadap kotak-kotak tersebut lalu dibuang begitu sahaja. Apa kata kalau
anda mengitar semula kotak-kotak tersebut daripada membuangnya begitu
sahaja.
Kaca
Bekas-bekas jem dan bekas-bekas makanan sesetengahnya masih dipekkan dalam botol. Anda
boleh kitar semula botol-botol tersebut ataupun gunakanya semula untuk menyimpan makanan lain.
Pakaian
Pakaian-pakaian
lama boleh diguna semula atau didermakan kepada badan kebajikan. Cara
ini dapat menjimatkan ruang dan tempat dan memberi bantuan kepada mereka
yang memerlukannya.
Lihat video ini untuk melihat barang-barang terbuang dikitar semula dan di manfaatkan.