Sunday, 30 April 2017

Bahan Bahan Dan Aktiviti Kitar Semula

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. 
Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.

Kos untuk melupuskan sampah ini pula mencecah berjuta-juta ringgit. 

Setiap tahun jumlah sampah yang dibuang akan terus meningkat dan kawasan pelupusan sampah pula semakin penuh. 
Di sinilah pentingnya kesedaran masyarakat untuk melakukan kitar semula sebelum bumi ini musnah.

Seperti kempen yg disarankan oleh kerajaan tentang "Hari Tanpa Beg Plastik" sejak 2hb Januari 2010.



Perkara seperti ini bagus bagi membendung masalah pencemaran yang semakin berleluasa.
Kita digalakkan membawa beg sendiri semasa membeli-belah atau menggunakan beg mesra alam. 

Bahan campuran kimia boleh merosakkan keseimbangan ekosistem dan memberi kesan buruk kepada bumi iaitu pemanasan global. 
Bumi ini merupakan satu-satunya rumah bagi manusia, flora dan fauna.







Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran
air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Antara bahan yang boleh dikitar semula ialah kaca, kertas, plastik, tekstil, bahan eletronik dan dan lain-lain. 
 
                                
 Klik perkataan biru ini Kitar semula untuk melihat video tentang kitar semula.
 
 
Bahan-Bahan Kitar Semula 

 
Picture
KertasSurat khabar, kertas-kertas dari pejabat, kertas-kertas dari pencetak, majalah dan risalah adalah bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Kumpulkan item-item tadi di mana sahaja anda berada dan cuba asingkan kertas-kertas tadi mengikut gred. (Klik pada laman gred kertas) 

Picture
Plastik
Terlalu banyak plastik boleh dikitar semula. Semuanya dari kategori bekas-bekas minuman, botol-botol sabun, bekas makanan, pembalut makanan, bekas aiskrim dan banyak lagi boleh dikitar semula 

Picture
Kertas kadbod keras Barangan elektrik ataupun perabot yang dibeli biasanya dibungkus dengan kotak kadbod yang besar dan ramai orang tidak tahu apa yang perlu dibuat terhadap kotak-kotak tersebut lalu dibuang begitu sahaja. Apa kata kalau anda mengitar semula kotak-kotak tersebut daripada membuangnya begitu sahaja. 

Picture
Kaca 
Bekas-bekas jem dan bekas-bekas makanan sesetengahnya masih dipekkan dalam botol. Anda
boleh kitar semula botol-botol tersebut ataupun gunakanya semula untuk menyimpan makanan lain. 

Picture
Pakaian
Pakaian-pakaian lama boleh diguna semula atau didermakan kepada badan kebajikan. Cara ini dapat menjimatkan ruang dan tempat dan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukannya. 





Lihat video ini untuk melihat barang-barang terbuang dikitar semula dan di manfaatkan.







No comments:

Post a Comment